Portal Penilaian APEL.A UKM
Permohonan Baharu
- Klik menu Permohonan. Pilih penilaian yang ingin dimohon. Contoh : Ijazah Sarjana (APEL.A-T7)
- Skrin permohonan akan dipaparkan mengikut tahap yang dipilih. Sebelum membuat permohonan, pastikan calon telah mendaftar dengan MQA. Permohonan yang tidak berdaftar dengan MQA tidak akan diproses & wang bayaran tidak akan dikembalikan.
- Pilih kaedah penilaian sama ada ‘Dalam Talian’ atau ‘Bersemuka’.
- Lengkapkan maklumat permohonan. Semua ruang adalah wajib diisi. Kemudian klik Simpan.
- Mesej kemaskini berjaya dipaparkan.
- Selepas permohonan berjaya dikemaskini, klik butang Hantar dan seterusnya membuat pembayaran fi. Jumlah fi yang perlu dibayar adalah seperti yang dinyatakan.
- Skrin pop up UKMPayment akan dipaparkan. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan mengikut kaedah bayaran yang dipilih. Contoh di bawah adalah menggunakan kaedah FPX. Kemudian klik Bayar/Pay. Teruskan proses pembayaran sehingga selesai.
- Status permohonan akan dipaparkan. Semakan status boleh dilaksana di menu Permohonan.
- Selepas selesai membuat bayaran, calon perlu tunggu sehingga urusetia
membuat pengesahan.
- Calon akan menerima emel berkenaan status kelulusan permohonan. Calon
juga boleh semak status di dalam sistem ini. Klik menu Permohonan dan
pilih tahap yang dimohon. Status permohonan Lulus akan dipaparkan jika
calon berjaya.
- Jika calon tahap 7 mendapat status Dipulangkan (Dokumen Tidak Lengkap), calon perlu muat naik semula dokumen kelayakan yang lengkap.
- Skrin seperti di bawah akan dipaparkan. Kemaskini Negara dan Kelayakan (jika perlu) dan muat naik semula dokumen kelayakan yang telah dilengkapkan. Klik butang Simpan.