Portal Penilaian APEL.A UKM
Menilai Ujian Aptitud - Manual Grading
Penilaian menggunakan fungsi manual grading boleh dilakukan jika
ingin menilai mengikut soalan.
- Pastikan penilai berada di dalam skrin PENILAIAN APEL.A TAHAP 7.
- Pada seksyen UJIAN APTITUD, klik link Ujian Aptitud T7.
- Klik pada Attempts:.
- Skrin Results akan dipaparkan. Pilih Manual grading pada kotak pilihan.
- Skrin Results – Manual Grading seperti di bawah akan dipaparkan. Rujuk pada kolum To grade. Bilangan yang dipaparkan adalah bilangan jawapan yang belum diberi markah untuk setiap soalan. Klik pada grade pada baris soalan yang ingin dinilai.
- Pada seksyen Options, Questions per page boleh ditukar mengikut bilangan soalan per halaman yang ingin dipaparkan dan Order attempts by boleh ditukar mengikut susunan yang dikehendaki. Klik butang Change options.
- Senarai jawapan akan disusun mengikut pilihan yang ditetapkan.
- Masukkan markah pada ruangan Mark dan komen pada ruangan Comment jika perlu.
- Selepas selesai masukkan markah semua calon, klik butang Save and go to next page untuk masukkan markah bagi soalan yang berikutnya.
- Bilangan ‘0’ bermakna tiada jawapan yang perlu diberi markah
- Ulang semula Langkah 5 untuk memberi markah pada soalan seterusnya sehingga selesai.
Contoh : 33 adalah bilangan calon yang menjawab