Permohonan Ulangan

Calon boleh membuat permohonan ulangan komponen sama ada ujian aptitud, portfolio atau temuduga selepas keputusan gagal telah diperolehi.

  1. Pada Sistem Pengurusan APEL, klik menu Permohonan dan pilih tahap yang berkaitan. Contoh : Tahap 3
  2. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan. Keputusan Aptitud menunjukkan Gagal. Borang permohonan ulangan ujian aptitud akan dipaparkan di bawah senarai permohonan.

  3. Pilih Kaedah Penilaian dan Tarikh Penilaian.
  4. Klik butang Ulang
  5. Selepas kemaskini berjaya, butang Bayar akan dipaparkan. Klik butang Bayar

  6. Skrin pop-up UKMPayment akan dipaparkan. Calon perlu membayar fi ulangan melalui beberapa kaedah yang disediakan. Apabila pembayaran berjaya, permohonan ulangan akan dihantar kepada urusetia untuk diproses.
  7. Selepas permohonan ulangan diluluskan, calon perlu masuk ke dalam Portal Penilaian APEL untuk mengulang ujian aptitud atau portfolio secara atas talian. Rujuk topik Ulangan Ujian Aptitud atau Ulangan Portfolio untuk panduan.